Teori Segitiga Semiotik

ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENAMAAN DI DALAM MAKANAN WARISAN TRADISI BRUNEI

C.K. Odgen dan I.A. Richards (1923/1947) telah menyatakannya di dalam buku yang bertajuk “The Meaning of Meaning”. Dalam hal ini makna tersebut telah dianalisa ke dalam tiga bahagian seperti yang tertera di dalam rajah di atas iaitu lambang, fikiran dan benda. Komponen-komponen tersebut berhubungan antara satu sama lain sama ada berhubungan secara langsung mahu pun secara tidak langsung. Rajah di bawah adalah rajah segi tiga semiotik yang diperkenalkan oleh Odgen dan Richards.

(Abdullah Hassan, 1980: 233)
TEORI SEGITIGA SEMOITIK

Teori Segitiga Semiotik (semiotic triangle) telah diperkenalkan oleh Ogden dan Richards. Melalui teori segitiga semiotik ini mereka cuba menerangkan makna dari segi komponennya. Mereka telah memecahkan makna kepada tiga komponen iaitu simbol (perkataan), fikiran (konsep/referensi) dan rujukan (benda). Mereka telah menggunakan segi tiga untuk merepresentasikan ketiga-tiga komponen makna tersebut. Simbol adalah unsur-unsur linguistik iaitu perkataan dan ayat, rujukan ialah benda sementara fikiran adalah konsep (Raminah Hj Sabran & Rahim Syam: 1987: 278).

Di dalam rajah segi tiga semiotik terdapat garisan yang terputus-putus di antara simbol (perkataan) dan rujukan (benda). Ini menunjukkan simbol dan rujukan (benda) itu tidak mempunyai hubungan yang mutlak. Contohnya kita tidak tahu mengapa binatang yang bersisik dan hidup di dalam air itu digelar ‘ikan’. Kata ‘ikan’ itu tidak ada kena mengena dengan ciri-ciri yang terdapat pada haiwan tersebut. Oleh itu, simbol (perkataan) “ikan” tidak mempunyai hubungan dengan benda yang dirujuknya iaitu haiwan tersebut.

Ogden dan Richards berpendapat simbol (perkataan) itu terlebih dahulu melambangkan fikiran (konsep). Kemudian fikiran akan merujuk kepada benda rujukannya. Hubungan di antara simbol dan fikiran serta fikiran dengan rujukan adalah hubungan langsung (tiada garis terputus-putus) dan fikiran (konsep) adalah menjadi penghubung di antara simbol dan rujukan (Raminah Hj Sabran & Rahim Syam: 1987: 278). Sebagai contoh, apabila seorang penutur berkata “durian” (simbol) maka si pendengar akan membayangkan dalam fikirannya (konsep) bentuk buah “durian” (benda yang dirujukkan). Segi tiga semiotik ini juga berkait rapat dengan proses penamaan. 

PENAMAAN
Penamaan adalah merupakan proses perlambangan suatu konsep yang mengacu kepada rujukan yang berada di luar bahasa (Jaludin Chuchu, 2010).  Lambang ialah kata di dalam suatu bahasa manakala benda yang dirujuk sesuatu yang ditunjukkan oleh lambang itu yang mungkin berupa benda, aktiviti, konsep dan peristiwa. Hubungan penamaan antara perkataan dengan benda yang dirujuk adalah cukup nyata. Walau bagaimanapun, suatu lambang iaitu kata dengan sesuatu yang dilambangkannya bersifat sewenang-wenang dan tidak ada hubungan yang wajib di antara keduanya. Penamaan adalah bersifat konvensional antara sesama anggota kelompok masyarakat

MAKANAN TRADISI WARISAN BRUNEI
Berkata mengenai makanan tradisi Brunei ini kita mungkin sudah terfikir bahawa memang banyak makanan warisan tradisi khususnya di negara kita sendiri, Brunei Darussalam. Oleh itu, dalam pelbagai bentuk dan rasa, makanan warisan tradisi inilah menjadikan identiti sesebuah negara yang berbudaya dan bermasyarakat. dan kerana itulah menyebabkan setiap makanan tradisi Brunei ini adalah lambang kepada perpaduan sesebuah masyarakat kerana umumnya ada makanan terhasil melalui kelompok mereka sendiri. Oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa pemberian nama itu seakan-akan dekat dengan masyarakat mereka umumnya.

Pada kebiasaan orang-orang Melayu umumnya, masyarakat Melayu Brunei memang terkenal dengan hubungan silaturrahim yang erat dan kuat kerana pada zaman dahulu ikatan kemasyarakatan itu sentiasa kuat sehingga adanya muncul slogan “Bergotong Royong” dan slogan ini diadaptasikan juga di dalam penghasilan makanan tradisi Brunei iaitu mereka bersama-sama di dalam menghasilkan makanan tradisi  Brunei. Hasilnya mereka berkongsi bersama. 

Pemberian nama setiap makanan ini juga berhubungkait dengan keadaan dan juga tempat kerana kebanyakan makanan tradisi Brunei ini seolah-olah diberikan namanya berdasarkan nama tempat dan juga keadaan situasi serta bahan-bahan yang terkandung di dalam pembuatan makanan tersebut.

DI ANTARA MAKANAN-MAKANAN TRADISI WARISAN BRUNEI YANG DAPAT DIPEROLEHI
Selaku sebuah masyarakat Brunei yang terlalu kuat dengan pegangan budaya dan tradisi yang kukuh memang terlalu banyak dengan makanan tradisi yang diwarisi secara turun-temurun. Oleh itu, kami hanya mampu memperolehi sebanyak lima jenis makanan tradisi yang memang terkenal di kalangan masyarakat Brunei. Setiap makanan ini masing-masing mempunyai perbezaan.


Makanan Kering

Puteri Mandi

Jala

Sapit

Katu Mayang

Cacah


CARA-CARA MEMBUAT MAKANAN TRADISI WARISAN BRUNEI INI

1.                  KATU MAYANG
Merujuk kepada Wikipedia, mengatakan bahawa katu mayang itu terlalu banyak pengertiannya. Seperti di Indonesia, katu mayang itu dikenali sebagai putu mayam manakala putu piring di Malaysia. Katu mayang ini di buat berasakan daun pandan dan tepung.


2.                  PUTERI MANDI
Sebagaimana yang telah kita ketahui, puteri mandi itu diperbuat sepenuhnya daripada kelapa. Bagaimana ia dinamakan begitu berkemungkinan ia adalah kerana ia disaluti oleh hirisan kelapa yang menyelubungi kuih tersebut yang berbentuk bulat.



3.         BAHULU
Bahulu ini adalah salah satu makanan tradisi Brunei yang paling terkenal dan digemari oleh masyarakat Brunei. Oleh itu, cara membuat bahulu ini diwarisi turun temurun oleh generasi baru supaya dapat dikekalkan dan dipelihara. Bahulu ialah kuih “sponge” dan untuk membuatnya memerlukan acuan atau mangkuk yang tersedia dengan ukiran bunga-bunga yang menjadikan ia menjadi satu bentuk.

Bahulu ini boleh di ukir dengan pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk ikan, bunga, buah dan bermacam-macam lagi. Pada masa lalu, untuk membuat bahulu  memerlukan haba api yang panas. Bahulu seolah-olah mengambarkan kenapa ia di gelar bahulu? Menurut setengah-tengah orang, bahulu itu merujuk kepada perkataan “bahu” iaitu berbau. Kenapa dia berbau? Disebabkan oleh bahulu itu terlalu kuat baunya ketika di masak. Maka orang pada masa dahulu mengelarnya sebagai bahulu. 


4.         TAPAI

Mungkin di dalam minda kita perkataan tapai itu merujuk kepada binatang bernama tupai. Namun di dalam konteks ini tapai itu merujuk kepada sejenis makanan yang di panggil tapai. Tapai adalah sejenis makanan yang di hasilkan melalui nasi dan di bungkus menggunakan daun nyirik dan perlu di param supaya menimbulkan rasa yang sedap.


5.         CACAH

Cacah pula juga tergolong di dalam makanan tradisi masyarakat Brunei yang amat digemari. Cacah ini dibuat sepenuhnya menggunakan nasi atau beras. Sebagaimana yang telah kita ketahui bentuk cacah itu seolah-olah seperti barisan lubang yang banyak dan oleh kerana ia berlubang maka masyarakat dahulu mengelarnya cacah. Berkemungkinan kerana tiada acauan moden atau bekas sesuai untuk mencantikan makanan ini maka mereka menggunakan tangan mereka dengan ‘mencacah’ tangan mereka menggunakan tangan mereka untuk menjadikannnya berlubang dan maka terbentuklah makanan kuih cacah.