Sabtu, 5 Mac 2011

    
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
KURSUS:
BL 3216: SEMANTIK DAN PRAGMATIK
                     
TAJUK:
PENAMAAN DAN PENDEFINISIAN KUIH TRADISIONAL BRUNEI.
                                           
DIUSAHAKAN OLEH:
HJH SITI RAHIMAH BINTI HJ DUL SAMAT
(08B3113)

MUHD ZULKAMAL BIN AWG HJ KAMIS
(08B3055)

SITI RADIAH BINTI HJ AHIM
(08B3080)


PENDAMPING:
SITI BADRIYAH BINTI HJ MD YUSSOF

Jumaat, 4 Mac 2011

Mukaddimah

Syukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia dan taufiq-Nya jua, blog ini dapat telah dapat dihasilkan sebagai infomasi dan pengetahuan umum mengenai akan kuih muih tradisi dalam masyarakat Melayu Brunei.

Dalam blog ini disediakan tajuk-tajuk utama yang berkaitan dengan kursus ini iaitu pengenalan mengenai apa makna semantik, gambar bentuk rajah segitiga semantik (Richard dan Odgen), penamaan dan pendefinisian, asal usul makanan, resepi makanan tradisi Brunei, perkaitannya dengan masyarakat Brunei.

Secara umumnya, segala informasi-informasi yang disampaikan melalui blog ini merupakan satu  proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran, maklumat dan juga berinteraksi melaluinya.

Oleh itu, melalui blog ini diharapkan akan dapat menjadi pemudah cara yang menyumbangkan sedikit sebanyak mengenai ilmu pengetahuan mengenai kuih muih tradisi masyarakat Melayu Brunei.